Nasional

Tiga kategori diberi pengecualian kos saringan Covid-19

PENGECUALIAN bayar kos saringan Covid-19 diberi kepada tiga kategori, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen, hari ini.

Tiga kategori yang dimaksukan Ismail Sabri adalah seperti berikut:

  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)
  • Pegawai kerajaan yang kembali dari luar negara atas tugasan rasmi
  • Pelajar yang pulang dari luar negara buat kali pertama, mereka perlu kemukakan bukti pengajian

“Oleh kerana keputusan pengecualian dibuat dalam mesyuarat pagi tadi, mungkin ada tiga kategori tadi telah dibuat saringan kalau mereka pulang awal pagi tadi.

“Mungkin ada sudah bayar kos saringan tersebut. Mesyuarat khas pagi tadi bersetuju mereka tuntut semuala caj dibayar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya. – SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button