Sukan

Mental pemain Liverpool penat – Jurgen Klopp

PERLU menewaskan Manchester City Ahad ini seoalah-olah sudah memberi tekanan kepada Liverpool. Mereka tidak akan mampu mempertahankan kejuaraan kecuali pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu dapat bangkit terutama di Anfield dan mereka perlu cepat.

Ketika mereka kelihatan sedang bangkit untuk mengekalkan kejuaraan dengan kemenangan di tempat lawan ke atas Tottengam dan West Ham, mereka tersungkur apabila kalah dua kali berturut-turut di gelanggang sendiri apabila Brighton menghukum gaya permainan mereka untuk melengkapkan rekod pertama menewaskan Liverpool sejak 1982.

“Mental penat,” itu merupakan penjelasan Klopp. Mungkin perkara sama berlaku pada kaki mereka. Liverpool perlu menemukan segera kreativiti apabila mereka gagal menjaring gol untuk tidak perlawanan berturut-turut di gelanggang sendiri untuk kali pertama sejak 1984.

Mereka jarang kelihatan menggugat ketika Brighton bertahan dengan baik dan sentiasa mendatangkan bahaya apabila mereka menyerang dan kekal padu serta layak untuk menang.

Steven Alzate menjaringkan gol kemenangan walau ia kelihatan seperti bernasib baik.

“Ini bukan gol yang tidak sengaja. Kami layak mendapat tiga mata dan kami bukannya seperti meletakkan bas di kotak penalti ini merupakan persembahan dengan kualiti, keberanian dan usaha. Saya bangga dengan para pemain. Ini adalah keputusan yang hebat kepada sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan kelab ini,” kata Pengurus Brighton, Graham Potter.

Adam Webster, Lewis Dunk dan Solly March bermain cemerlang dan potensi kecederaan serius yang mungkin  dialami March adalah satu-satunya kelemahan Potter pada perlawanan awal pagi tadi.

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button