Politik

Poster tuduh Annuar rasuah perwakilan jadi kuda PPBM

Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa terkejut dengan pengedaran poster yang mendakwa beliau merasuah perwakilan Perhimpunan Agung UMNO untuk menjadi ‘kuda PPBM’.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mendakwa, pengedaran poster itu diizinkan oleh pihak tertentu.

“Pagi ini dikejutkan berita beredarnya poster seperti dalam gambar. Entah kerja siapa. Naratif rekaan siapa. Pasti ini sesuatu yang diizinkan.

“Usul menjadikan UMNO tunggangan PPBM? Siapa nak bawa usul? Bawah agenda mana? Perwakilan mana yang disuruh menyokong?

“Insaflah kita. Budaya memfitnah ini nampaknya sudah jadi perkara biasa,” katanya.

Poster tersebut dipercayai diedarkan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang menjadi lokasi Persidangan Agung UMNO 2021 hari ini.

Dalam poster tersebut, Annuar turut dituduh sebagai pengkhianat UMNO.

“Annuar Musa rasuah kepada perwakilan untuk sokong usul UMNO menjadi kuda PPBM. Annuar Musa pengkhianat UMNO,” tulis pada poster tersebut.

Sementara itu dalam satu hantaran berlainan di media sosialnya, Annuar mendakwa Perhimpuan Agung UMNO tahun ini kurang membicarakan agenda Melayu dan Islam.

Beliau mendakwa, perhimpunan yang berlangsung selama dua hari itu menjadi medan untuk menyerang parti-parti Melayu yang lain.

“Saya menghadiri PAU sejak 1981 ini tahun ke-40 menjadi perwakilan. Dukacita melihat semakin kurang dibicarakan agenda Melayu dan Islam.

“Semakin ghairah ucapan menyerang sesama parti Melayu,dan semakin banyak di selit dengan sindiran sindiran sesama UMNO. Mungkin inilah norma baru kita,” katanya.-SM

(Visited 589 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button