JenayahNasionalNegeri

5 ditahan, polis rampas rokok RM750,000 termasuk cukai

POLIS menahan lima lelaki dan merampas sejumlah rokok putih disyaki seludup bernilai RM750,000 termasuk cukai dalam Op Kontraban, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Zaki Harun, berkata semua yang berusia antara 27 hingga 59 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Simpang Empat Kampung Pauh Panji dan Kampung Panji.

“Tiga daripada mereka ditahan kira-kira 3.45 pagi di dalam sebuah kereta Perodua Kembara di Simpang Empat Kampung Pauh Panji.

“Hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori di hadapan sebuah kedai di kawasan sama menemukan lebih kurang 300,000 batang rokok putih dipercayai tidak bercukai dianggar bernilai RM225,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan penahanan ketiga-tiga lelaki itu, polis membuat serbuan di kawasan berhampiran dan berjaya menahan seorang lagi lelaki.

Zaki berkata lelaki terakhir yang berusia lingkungan 20-an ditahan di Kampung Panji kira-kira 3.30 petang, hari yang sama.

Beliau berkata hasil soal siasat terhadapnya, polis memeriksa sebuah lori di Kampung Padang Mokkan, di sini dan menjumpai kira-kira 700,000 batang rokok putih dianggar bernilai RM525,000 termasuk cukai.

Semua lima lelaki terbabit, katanya akan direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967. – SM

BACA Warga emas ditahan bersama rokok, minuman keras seludup bernilai RM46,000

(Visited 26 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button