NegeriSukan

Raja Muda berkenan rasmi Pertandingan Woodball Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Pertandingan Woodball Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran PPKL di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Pauh Putra pada pagi tadi.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Woodball Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL).

Pertandingan yang julung kalinya dianjurkan oleh PPKL dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu berlangsung di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Pauh Putra pada pagi tadi.

Keberangkatan tiba Baginda disambut Exco Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Negeri, Wan Zikri Afthar Ishak.

Bagi kategori lelaki dimenangi oleh Abdul Shukor Yusoff, tempat kedua Azizan Zainol dan ketiga Norizam Zaini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Pertandingan Woodball Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran PPKL di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Pauh Putra pada pagi tadi.

Manakala kategori wanita diungguli Rahimah Raimi sebagai juara, Faridah Din tempat kedua dan Noryomhaslinda Senayan di tempat ketiga.

Turut akan diadakan sempena ‘Program Balik Kampung Anak Perlis Di Perantauan Sempena Aidifitri’ pada kali ini ialah Perlawanan Golf antara PPKL melawan Kelab Golf Putra (KGP) Perlis merebut Piala Syed Sirajuddin Areeb Putra di Lapangan Golf KGP di Sungai Batu Pahat pada sabtu 13 April pagi.

Pada sebelah petangnya pula bermula pukul 4.45 petang akan dilangsungkan perlawanan bolasepak ‘Bola Raya’ antara PPKL melawan Pilihan Veteran Perlis juga di Stadium Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra UniMAP di Pauh Putra.

Para peminat bola sepak dijemput beramai-ramai hadir menyaksikan perlawanan tahunan ini yang diadakan sejak 30 tahun lalu setiap hari raya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Pertandingan Woodball Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran PPKL di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Pauh Putra pada pagi tadi.

Raja Muda dijangka diiringi sama anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra yang menyambut Hari Ulangtahunnya yang ke-15 pada hari ini 12 April 2024 dijadualkan berangkat hadir dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang. – SM

SUARA MERDEKA juga mengucapkan Ulangtahun Keputeraan kepada YAM Syed Sirajuddin Areen Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada 12 April 2024.

(Visited 29 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button