Nasional

482 individu ditahan ingkar PKP, 137 kerana pusat hiburan

SEBANYAK 482 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas pelbagai kesalahan semalam.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 438 individu telah dikompaun manakala 40 individu pula direman dan empat dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (137), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (128) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101)

“Lain-lain kesalahan ialah tidak memakai pelitup muka (69), rentas daerah/negeri PKPB tanpa kebenaran (26) dan lain-lain (21),” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Operasi Benteng telah berjaya menahan 68 pendatang asing tanpa izin (PATI), 10 tekong serta merampas 3 kenderaan darat dan 1 bot/kapal.

Jelasnya, sebanyak 296 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan semalam kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram serta mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata sejak 20 April hingga 2 Disember 2020, sebanyak 13,736 jumlah pemeriksaan telah dilakukan oleh anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang melibatkan 7,917 tapak binaan di seluruh negara.

“Semalam, anggota penguatkuasa CIDB telah membuat pemeriksaan di 35 tapak binaan di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, 33 tapak pembinaan mematuhi SOP yang telah ditetapkan, manakala 2 tapak tidak patuh dan telah diberi amaran,” jelasnya. -SM

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button