Nasional

Kerajaan jamin perkhidmatan feri di Pulau Pinang akan diteruskan

SUSULAN perkhidmatan feri di Pulau Pinang yang didakwa bakal ditamatkan, kerajaan mengesahkan bahawa perkhidmatan itu akan diteruskan seperti biasa.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta sebelum ini.

Peruntukan itu akan diberikan kepada Penang Port untuk mengambil alih perkhidmatan feri Pulau Pinang.

“Peruntukan itu akan dibayar dalam dua ansuran tahunan. RM15 juta akan dibayar pada tahun 2021 seperti yang termasuk dalam Rang Undang-Undang Perbekalan 2021.

“Bakinya pula akan disediakan oleh kerajaan untuk memastikan perkhidmatan feri di Pulau Pinang diteruskan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta kerajaan untuk mengekalkan perkhidmatan feri di negeri tersebut.

Baru-baru ini, tular di laman sosial yang menyatakan bahawa perkhidmatan feri akan ditamatkan dan ditukar dengan perkhidmatan pengangkutan yang baharu.

Ramai yang meluahkan rasa sedih sekiranya benar perkhidmatan feri itu ditamatkan kerana ianya sudah menjadi sistem pengangkutan yang ikonik dan membawa banyak kenangan kepada rakyat. -SM

(Visited 590 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button