Nasional

UPSI jalin kerjasama Universiti Harvard

Demi merealisasikan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke arah memperkasa pendigitalan pendidikan di peringkat pengajian tinggi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalankan kerjasama pengambilan ikhtisas dengan University of Harvard, Amerika Syarikat Pembangunan Profesional Akademia UPSI.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, program Pembangunan Profesional Akademi UPSI menawarkan pensijilan Postgraduate Certificate in Higher Education (PGCHE) melibatkan sepuluh orang pensyarah wakil setiap fakulti bagi mengikuti kursus jangka pendek selama lapan minggu anjuran The Derek Bok Centre fo Teaching and Learning, University of Harvard bermula pertengahan bulan Oktober hingga Disember 2021.

“UPSI sentiasa komited meningkatkan penarafan universiti di peringkat antarabangsa dengan menjalankan pelbagai inisiatif berkaitan. Melalui kerjasama strategik dengan pusat pengajian ternama dan terbaik di peringkat global, diharapkan membantu misi menjadikan UPSI unggul ke tangga 100 terbaik dunia,” katanya dalam suatu kenyataan.

Rekod terkini UPSI di tangga 176-200 di peringkat The Time Higher Education (THE).

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Marzita Puteh, berkata peluang pensijilan yang diberikan kepada pensyarah-penysarah ini bakal meningkatkan kompetensi tenaga pengajar terlibat untuk menambahbaik strategi penyampaian pengajaran dan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.

“Apa yang lebih menarik lagi, program PGCHE turut disertai 50 institusi pengajian tinggi yang terkemuka (Top 50 QS Ranking) seluruh dunia dan UPSI tidak ketinggalan.  Program pengajian ikhtisas ini dijalankan secara secara intensif, melibatkan pembelajaran dalam talian dan pembelajaran kendiri serta bimbingan daripada tutor dan penyelia diperakui Harvard,” jelasnya.

Dekan Institut Pengajian Siswazah UPSI, Profesor Madya Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun pula berkata, kerjasama ini memberi peluang dan pendedahan kepada pensyarah untuk melibatkan diri secara proaktif dan membuat refleksi berterusan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran, mereka bentuk portfolio serta merancang kerjaya sebagai pengajar di peringkat pengajian tinggi.

“Peserta-peserta daripada kalangan pensyarah yang dipilih melalui tapisan di peringkat fakulti dan universiti bagi memilih mereka yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran serta sumbangan kepada universiti sepanjang perkhidmatan,” ujarnya.

Seramai sepuluh orang pensyarah yang berjaya dan berpeluang mengikuti program PGCHE dari Universiti Harvard yang bermula dari bulan Oktober sehingga Disember 2021.

Mereka adalah Profesor Madya Dr. Nur Ikhwan Mohamad (Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan), Profesor Madya Dr. Som Cit Si Nang (Fakulti Sains & Matematik), Dr. Mohd Azlan Mohammad Hussain (Fakulti Teknikal & Vokasional), Dr. Muhammad Fadhil Wong Abdullah (Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif), Dr. Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin (Fakulti Bahasa & Komunikasi), Dr. Grace Annammai Gnana Piragasam (Fakulti Pembangunan Manusia), Dr. Samsuddin Abd Hamid (Fakulti Sains Kemanusiaan), Dr. Christine Augustine (Fakulti Muzik & Seni Persembahan), Dr. Nor Hasnida Che Md Ghazal (Fakulti Pembangunan Manusia) dan Dr. Jessnor Elmy Mat Jizat (Fakulti Pengurusan & Ekonomi). -SM

(Visited 566 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button