MahkamahNasional

4 warga Mynmar bebas tuduhan bunuh rakan senegara

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan melepas dan membebaskan empat  lelaki warga Myanmar daripada pertuduhan membunuh rakan senegara mereka empat tahun lepas.

Hakim K Muniandy membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Pau Deih Lian, Kai Lian Mong, Kai Za Muang dan Tuang Siang Muang di akhir kes pendakwaan tanpa perlu memanggil mereka membela diri atas pertuduhan itu.

Dalam penghakimannya, Hakim Muniandy berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikemukakan di mahkamah menunjukkan seorang anggota keselamatan dikenali sebagai Rajan adalah individu yang menghayun cota ke arah sekumpulan warga Myanmar ketika pergelutan berlaku.

“Persoalannya, adakah Rajan merupakan individu yang memukul mangsa hingga mati? Persoalan itu tidak terjawab sehingga akhir kes pendakwaan memandangkan Rajan tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

“Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan lain, individu yang boleh memberikan penjelasan mengenai kejadian ini adalah Rajan kerana dia individu terakhir yang berbual dengan mangsa.

“Dan Rajan satu-satunya individu mempunyai senjata yang boleh menyebabkan kecederaan, senjata tumpul kepada si mati adalah Rajan, bukan orang lain.

“Malah, keterangan pakar patologi di Mahkamah turut mengesahkan kematian mangsa disebabkan objek tumpul.

“Namun tiada bukti daripada pihak pendakwaan menunjukkan semua tertuduh bersenjata. Oleh itu, keempat-empat tertuduh dibebas dan dilepaskan tanpa diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh,” kata Hakim Muniandy.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka berumur antara 30 tahun hingga 40 tahun itu didakwa dengan sengaja bersama menyebabkan kematian seorang lelaki pekerja kedai kopi yang dikenali dengan nama panggilan “kawan” di Jalan Pudu Lama, Dang Wangi, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi, 18 November 2019.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Sebanyak 11 orang saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan mulai 28 Februari lalu. – SUMBER FMT – SM

BACA Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh warga Myanmar

BACA Tukang sapu warga Myanmar didakwa cabul warga emas

 

(Visited 39 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button