Nasional

3,419 notis kesalahan merokok di premis makan dikeluarkan

SEBANYAK 3,419 notis kesalahan merokok di premis makan telah dikeluarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018 sehingga 24 Oktober lalu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya berkata, Jumlah notis itu termasuk aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di Kepong oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kepong pada 23 Oktober lalu.
“Dalam operasi itu, sebanyak 20 notis kesalahan di bawah Seksyen 32B telah dikeluarkan melibatkan 15 kesalahan merokok di tempat makan dan 5 kesalahan dikenakan ke atas Tuan Punya Premis kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan memastikan tiada orang merokok di premis masing-masing.

“Selain itu, sebanyak 41 notis kesalahan juga telah dikeluarkan bagi kesalahan merokok di kompleks beli belah.
“Di Johor Bahru pula, sebanyak 30 notis kesalahan telah dikeluarkan melibatkan 23 kesalahan merokok di tempat makan dan 3 kesalahan dikenakan ke atas Tuan Punya Premis.
“Operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor pada 25 Oktober itu turut keluarkan 4 notis kesalahan bagi kesalahan merokok di tempat larangan lain,” katanya.
Bermula 1 Januari 2019, semua premis makanan berhawa dingin dan tidak berhawa tinggi telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dan 1 Januari 2020, penguatkuasaan undang-undang bermula.
Larangan merokok di semua premis makanan masih terpakai sehingga kini dan KKM menjalankan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa di seluruh negara.
Sehingga 24 Oktober 2021, sebanyak 3,419 notis kesalahan merokok di premis makan telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.
Jumlah notis itu termasuk aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di Kepong oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kepong pada 23 Oktober lalu.
Dalam operasi itu, sebanyak 20 notis kesalahan di bawah Seksyen 32B telah dikeluarkan melibatkan 15 kesalahan merokok di tempat makan dan 5 kesalahan dikenakan ke atas Tuan Punya Premis kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan memastikan tiada orang merokok di premis masing-masing.
Selain itu, sebanyak 41 notis kesalahan juga telah dikeluarkan bagi kesalahan merokok di kompleks beli belah.
Di Johor Bahru pula, sebanyak 30 notis kesalahan telah dikeluarkan melibatkan 23 kesalahan merokok di tempat makan dan 3 kesalahan dikenakan ke atas Tuan Punya Premis.
Mereka yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk di tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.
Mereka yang melakukan kesalahan pertama boleh dikurangkan kompaun kepada RM150 jika pembayaran dijelaskan di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh SATU BULAN daripada tarikh izin kompaun diterima.
Bagi kesalahan kedua, tiada pengurangan kompaun diberikan dan bayaran penuh kompaun sebanyak RM250 akan dikenakan.
Kompaun lebih tinggi iaitu sebanyak RM350 akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya. -SM
(Visited 62 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button