Berita

278 Anak Orang Asli Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran Mara

Seramai 278 orang pelajar anak Orang Asli di Sungai Siput, Perak mengucapkan rasa syukur apabila terpilih untuk menerima bantuan persekolahan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Sumbangan RM1,000 diserahkan kepada Surau Pos Kuala Muda bagi pembangunan pendidikan setempat dan dua buah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran turut mendapat perhatian.

Kesemua sumbangan itu diserahkan dalam satu program anjuran MARA dengan objektif MARA Prihatin Bersama Komuniti Orang Asli dan telah diadakan di Surau Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak.

Program tersebut melibatkan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) iaitu daripada MARA Negeri Perak, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak, GIATMARA Negeri Perak dan Yayasan Pelajaran MARA.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif YPM, Datuk Dr. Mohd Nizar Sudin, Pengarah MARA negeri Perak, Lailatul Asmah Mohd Tahir; Pengurus Pejabat Orang Asli One Stop Centre Bawong (Wakil Pengarah), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak dan Kedah, Johari Zakaria; Pengarah GIATMARA Negeri Perak, Jamaludin Ali; Pengurus Kanan Pembangunan Dana YPM, Zainal Rashid Zakaria; Penolong Pengarah Unit Daie Orang Asli Bahagian Dakwah Komuniti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nor Azhar Ibrahim serta ramai lagi.

Dalam masa sama, program turut menyaksikan penyerahan cenderahati kepada Surau Kuala Mu oleh MARA negeri Perak dan sumbangan naskah Al-Quran dan buku terbitan YADIM.

Kolaborasi antara agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ini merupakan
satu inisiatif bersama dalam merumuskan wawasan ‘Luar Bandar Yang Sejahtera, Inklusif, Mampan
dan Holistik’ sebagai agenda utama dalam proses pembangunan luar bandar di Malaysia.

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button