Berita

Bapa mentua Azhar Sulaiman meninggal dunia dalam perjalanan ke London

Bapa mentua kepada pelakon Azhar Sulaiman yang merupakan bekas Pengerusi dan pengasas Bersama AirAsia Bhd, Datuk Pahamin Rajab meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam tadi.

Dari kiri pelakon,Azhar Sulaiman, Allayarham Bekas Pengerusi dan pengasas Bersama AirAsia Bhd, Datuk Pahamin Rajab, isterinya, dan cucunya,Leona serta Isteri Azhar

Menurut Azhar Sulaiman, Allahyarham mengalami serangan jantung dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi cucunya di London.

‘”Duka cita saya nak maklumkan, bapa mentua saya Pahamin Rajab telah meninggal dunia, dia baru sampai London kena serangan jantung dalam kapal terbang.

“Pergi London sebab nak hadiri majlis graduasi anak lelaki saya di sana, tapi tidak jadilah.

“Anak lelaki saya Rees dan ibu mentua saya ketika ini berada di sana. Kami pula yang lain akan terbang ke sana pada Isnin.

“Minta semua hadiahkan AlFatihah untuk arwah. Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan mereka yang beriman.” Luahnya.

Ramai dikalangan pengikutnya dan rakan selebriti turut mengucapkan takziah kepada keluarga Azhar.

Artikle Berkaitan ;>

Anak Azhar Sulaiman menangis jadi mangsa buli siber

AirAsia anjur Hari Kelestarian pertama untuk memacu industri penerbangan yang lebih hijau

(Visited 458 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button