fbpx
BeritaNasional

KSN baharu dilantik berkuatkuasa esok

SELEPAS dilantik pada 28 Ogos tahun lalu, hari ini merupakan hari terakhir bagi Tan Sri Dr. Ismail Bakar sebagai Ketua Setiausaha Negara yang akan bercuti bermula esok sebelum bersara wajib.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, bermula 1 Januari, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali bakal menjawat jawatan tersebut sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-15.

Pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas perakuan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mohd Zuki, 58, dilaporkan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran awam termasuk berkhidmat di beberapa kementerian selama 28 tahun.

“Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam seperti Kementerian Kewangan dan Pelajaran.


“Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Hal Ehwal Dalam Negeri dan Sumber Asli dan Alam Sekitar.

“Selain itu, beliau pernah bertugas di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Persekutuan Sarawak, dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,” katanya.

Dalam pada itu, Kerajaan Persekutuan turut menyampaikan penghargaan kepada Ismail Bakar di atas sumbangan dan khidmat dalam perkhidmatan awam.

“Kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button