JenayahNasionalNegeri

Empat suspek diberkas berkaitan penemuan ganja bernilai RM217,000, sepucuk pistol

PECUT lari meninggalkan motosikal yang ditunggang sedangkan telah ditemuI bungkusan dipercayai dadah jenis ganja seberat 70 kilogram bernilai RM217,000, sepucuk pistol  bersama 50 butir peluru bukan bererti sangat mudah untuk terlepas dari tindakan undang-undang.

Ia sebenarnya tidak menjadi halangan kepada pihak polis untuk bertindak lebih pantas dan tangkas untuk mencari musuh negara ini sehingga ke lubang cacing.

Muhammad menunjukkan gambar dadah jenis ganja, pistol yang dirampas dan tempat kejadian pada sidang media di IPK Perlis di Kangar hari ini.

Akhirnya empat lelaki tempatan berusia 30-an ini berjaya dikesan dan direman untuk siasatan.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim telah menjelaskan mengenai sindiket yang berjaya ditumpaskan ini pada sidang media pertamanya sebaik menjawat jawatan ini di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kangar hari ini.

Muhammad berkata, sepasukan polis dari Cawangan Risik Polis Gerakan Am (PGA) Batalion 3, Bidor, Perak yang terdiri dari seorang pegawai dan sembilan anggota sedang membuat rondaan Op Taring di kawasan kebun getah di sebuah kampung di Padang Besar pada pukul 12.15 tengah hari pada 26 Oktober lalu.

Muhammad berkata, pasukan ini telah nampak kelibat seorang lelaki yang memberhentikan motosikal jenis Honda EX5 C100 warna merah lalu merebahkannya sebelum bertindak melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan ke atas motosikal berkenaan telah ditemui sebungkus plastik hitam yang didalamnya mengandungi dua bungkusan guni putih,” katanya.

Katanya, satu bungkusan guni itu mengandungi 32 ketulan mampat yang dibalut dengan plastik lut sinar yang disyaki dadah jenis ganja seberat 32 kilogram dan satu lagi guni berisi 38 ketulan mampat yang dibalut dengan plastik lut sinar yang disyaki dadah jenis ganja seberat 38 kilogram.

Katanya, hasil pemeriksaan seterusnya telah dijumpai sepucuk senjata api jenis Beretta bersama sekotak berisi 50 butir peluru 9mm.

“Siadatan awal oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Perlis bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis (IPD) Padang Besar telah membawa kepada penangkapan empat suspek lelaki tempatan berhubung kes ini,” katanya.

Muhammad berkata, suspek pertama, kedua dan ketiga telah direman selama enam hari mulai 27 Oktober sehingga 1 November.

Katanya, suspek keempat pula direman enam hari mulai 31 Oktober hingga 6 November ini.

Motosikal yang digunakan oleh suspek sehingga membawa penemuan ganja dan pistol.

Tambah beliau, hasil semakan telah mendapati suspek kedua, ketiga dan keempat mempunyai kes jenayah lampau berkaitan dadah.

Katanya, hasil saringan air kecing juga mendapati suspek pertama dan keempat adalah negatif dadah tetapi suspek kedua dan ketiga positif dadah jenis methamphetamine.

Muhammad berkata, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – SM

BACA Polis Padang Besar berjaya patahkan cubaan seludup 10 kilogram ganja

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button