Nasional

Imigresen diminta bertindak usir warga asing langgar SOP ketika solat Aidiladha

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen diminta bertindak mengusir warga asing sekiranya berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) solat sunat Aidiladha di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pagi tadi membabitkan warga asing.

 

[sociallocker]

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata, tindakan itu boleh diambil mengikut mengikut Akta Imigresen 1958/63.

Beliau juga memberi jaminan akan bertindak tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terbabit menganjurkan majlis berkenaan.

Malah kata beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah sudah pun memulakan siasatan.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain juga katanya, telah diminta memberikan laporan serta penjelasan terperinci dengan segera berhubung penugasan anggotanya yang dipertanggungjawab untuk memantau pematuhan SOP ketika perayaan Aidiladha tahun ini.

“Sementara siasatan dimuktamadkan, KDN menyeru orang awam untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman yang boleh mendatangkan ketidaktenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shuhaily dilaporkan sebelum ini memberitahu siasatan awal mendapati warga asing berkenaan berbuat demikian selepas mereka tidak dibenarkan solat di dalam surau memandangkan jumlah jemaah dihadkan hanya 100 orang.

Pagi tular satu video yang menunjukkan ratusan warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang yang dikatakan melanggar SOP.

Surau di seluruh Pulau Pinang hanya membenarkan 100 orang jemaah.

[/sociallocker]

 

(Visited 226 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button