NasionalNegeri

21 unit penapis air dipasang di kampus KUIPs

SEBANYAK  21 unit penapis air dipasang di Kampus Kuala Perlis dan Kampus Pauh, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Para pelajar berpeluang menggunakan penapis air yang dipasang di kampus KUIPs. – Gambar Ihsan KUIPs

Rektornya, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, pembelian penapis air ini adalah sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), YAYASAN BUSHRA, serta Etiqa Takaful Berhad.

Katanya, pemasangan penapis air sejak November 2023 lalu ini telah diusahakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) pastinya memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar dan staf di kedua kampus ini malah pelawat ke universiti ini juga boleh menggunakannya.

“Pihak KUIPs memang mengalu-alukan sumbangan masyakarat kepada universiti ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain” (HR. Al-Tabarani).

Berdasarkan hadis itu, manusia yang dimuliakan Allah SWT ialah yang sentiasa berbuat kebaikan dan perkara itu memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya.

Terdahulu beliau meninjau pemasangan pengunaan penapis air di Bangunan Canselori dan laluan ke bilik kuliah.

Muhamad Rozaimi cuba menggunakan penapis air di Kampus KUIPs di Kuala Perlis. – Gambar Ihsan KUIPs

Turut bersama beliau ialah Pemangku Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar & Alumni KUIPs, Dr Mohd Aizul Yaakob dan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Mohd Hanif Mohammadan. – SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button