Nasional

Hentikan prosiding, 4 ADUN Pulau Pinang tidak hilang kelayakan

HASRAT menyambung prosiding mahkamah bagi membatalkan kelayakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar Pakatan Harapan (PH) sebelum menyertai Perikatan Nasional (PN) perlu dihentikan oleh kerajaan Pulau Pinang, gesa sayap ARMADA BERSATU.

Harris Idaham Rashid, EXCO Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU berkata ia kerana pindaan Perlembagaan Persekutuan mendapati tindakan itu sama sekali tidak menjejaskan kelayakan seseorang sebagai wakil rakyat.

Beliau berkata, PH khususnya DAP sudah menyokong penuh pindaan di Dewan Rakyat, mereka perlu membuktikan komitmen dan melaksanakan pindaan yang sama di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang selain tidak melakukan perkara yang bercanggah dengan pindaan berkenaan.

Persetujuan sudah dicapai kesemua 209 Ahli Parlimen yang mengundi pindaan berkenaan termasuk Ahli Parlimen daripada DAP sendiri.

”Pindaan Perlembagaan Persekutuan (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti sudah diluluskan di Dewan Rakyat bagi memberi makna jelas berkenaan tindakan yang boleh melucutkan seseorang itu daripada terus menjadi Ahli Parlimen” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.”

Empat ADUN berkenaan adalah Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).

Mereka telah memfailkan injunksi terhadap badan perundangan Pulau Pinang daripada meluluskan usul pengosongan kerusi masing-masing selepas mereka mengambil keputusan menyokong PN.

Mengambil kira kes jangkitan COVID-19 melonjak selepas pilihan raya negeri Sabah diadakan, usul itu telah ditangguhkan.

 

 

 

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button