Ribut

21 mati, ramai hilang Taufan Tauktae melanda India

SEKURANG-kurangnya 21 orang terbunuh dan hampir 100 yang lain hilang setelah taufan besar menghentam barat India sekaligus menimbulkan penderitaan bagi berjuta-juta orang lain ketika negara itu mengalami lonjakan virus coronavirus yang dahsyat.

Ratusan ribu terputus bekalan elektrik setelah Taufan Tauktae, membadai pantai Gujarat pada petang Isnin.

Angin taufan berkelajuan hingga 185 kilometer (115 batu) sejam itu mencabut pokok dan merobohkan saluran elektrik dan menara komunikasi ketika ia menghampiri ke kawasan pedalaman.

Menurut Angkatan Laut India, sebuah kapal besar yang digunakan untuk pelantar minyak turut dilanda ombak besar di luar pantai Mumbai tenggelam dan 96 daripada 273 orang yang berada di dalam kapal hilang.

Kementerian pertahanan India melaporkan 177 orang diselamatkan dari kapal itu dalam keadaan laut yang sangat bergelora.


Taufan kolosal tersebut yang paling besar melanda wilayah itu dalam beberapa dekad.

Pihak berkuasa Mumbai pada hari Isnin menutup lapangan terbang selama beberapa jam dan menggesa orang untuk tinggal di dalam rumah kerana ombak besar melanda pinggir bandar.-SM

(Visited 57 times, 1 visits today)

Show More
Back to top button