Nasional

2.7 juta populasi remaja lengkap vaksinasi

Seramai 2,721,784 atau 86.5 peratus populasi remaja di negara ini sudah lengkap divaksinasi sehingga jam 11.59 malam tadi.

Berdasarkan kemas kini pada laman sesawang COVIDNOW, seramai 2,830,449 atau 90 peratus individu kumpulan usia terbabit menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ia menjadikan keseluruhan 5,552,233 orang sudah menerima dos lengkap atau satu dos, dengan kelmarin mencatatkan pertambahan 1,477 orang menerima suntikan vaksin mereka.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang dimulakan pada Ogos lalu menyasarkan 3.2 juta remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun menerima vaksin COVID-19.

Sementara itu, kira-kira 97.1 peratus atau 22,722,055 individu dewasa sudah lengkap divaksinasi dengan 2,958,239 daripadanya sudah menerima dos penggalak.

Ketika ini, hanya 1.5 peratus penduduk dewasa masih tidak divaksin.-SM

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button