NasionalPendidikan

10,109 calon SPM 2022 peroleh semua A

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 diumumkan hari ini. Bukan sahaja pelajar yang menunggu keputusan merasa gementar, ibu bapa tidak terkecuali merasakan debaran menanti keputusan anak-anak.

Seramai 10,109 calon SPM 2022 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali kepada Bernama, hari ini.

Mengumumkan keputusan SPM2022, beliau berkata, pencapaian calon SPM 2022 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 47.4 berbanding 4.86 tahun sebelumnya.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Seramai 373,974 calon menduduki SPM 2022 dan seramai 75,322 calon merekodkan pencapaian kepujian iaitu sekurang-kurangnya gred C untuk semua mata pelajaran. – SM

BACA 7,720 calon SPM Ulangan duduki peperiksaan 12 Sept ini

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button