BeritaNasionalPendidikan

7,720 calon SPM Ulangan duduki peperiksaan 12 Sept ini

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan dilaksanakan bermula 12 hingga 14 September ini melibatkan 7,720 calon di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Lembaga Peperiksaan (LP) menerusi kenyataan hari ini meminta semua calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat seperti tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan,” menurut kenyataan itu.

Jadual waktu peperiksaan SPMU 2022 dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun melalui laman sesawang rasmi LP di http://lp.moe.gov.my.

Sementara itu, seramai 1,317 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu.

Manakala 1,441 orang dilantik untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu. – SM

(Visited 428 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button