Nasional

10 juta vaksin diberi, 70% populasi KL telah disuntik dos pertama

JUMLAH pemberian vaksin kini telah melebih 10 juta dos. Sehingga semalam 21.4 peratus atau 6.999 juta rakyat Malaysia telah menerima dos pertama manakala 9.3 peratus atau 3.036 juta telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Semalam 375,842 dos vaksin diberikan melibatkan 207,795 dos pertama dan 168,047 dos kedua.

Selangor merupakan negeri tertinggi pemberian dos iaitu 49,645 dos pertama dan 30,964 dos kedua diikuti Kuala Lumpur iaitu 35,168 dos pertama dan 20,784 dos kedua.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) 71.4 peratus (1.266 juta) penduduk di ibu negara telah disuntik dengan dos pertama manakala 16.4% (290,256) telah disuntik dengan kedua-dua dos.

Sarawak di kedudukan kedua peratusan tertinggi iaitu 45.6 peratus (1.283 juta) penduduknya telah menerima dos pertama dan 14.3 peratus (401,408) dos kedua.

Diikuti Putrajaya iaitu 44.4 peratus (48.827) penduduk telah disuntik dos pertama dan 27.9 peratus (30,681) dos kedua.-SM

 

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button