Nasional

41.9% rakyat dewasa telah disuntik dos pertama, 19.4% dos kedua

HAMPIR separuh orang dewasa di negara ini telah disuntik dos pertama iaitu 41.9 peratus manakala 19.4 peratus orang dewasa telah lengkap disuntik kedua-dua dos.

Data Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) menunjukkan sejumlah 14.347 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Malaysia. Daripada jumlah tersebut 9.815 juta melibatkan dos pertama dan 4.531 juta adalah dos kedua.

Labuan masih menjadi wilayah tertinggi pemberian dos kepada penduduk iaitu 59.7 peratus (59.463) telah disuntik dengan dos pertama dan 42.6 peratus (42,448) lengkap menerima kedua-dua dos.

Diikuti negeri Sarawak yang merekodkan 55.5 peratus (1.563 juta) penduduk telah diberikan dos pertama dan 31.8 peratus (894,373) telah menerima kedua-dua dos.


Lembah Kelang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pula mencatatkan 45.9 peratus (3.866 juta) telah disuntik dengan dos pertama dan 14.6 peratus (1.226 juta) telah menerima kdua-dua dos vaksin yang diperlukan.

Negeri Sembilan turut mencatatkan peratusan pemberian dos yang tinggi iaitu 38.5 peratus (434,494) penduduknya telah menerima dos pertama dan 14.4 peratus (162,675) telah disuntik dengan kedua-dua dos.


Sementara itu sejumlah 344,961 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 244,761 dos pertama dan 100,200 dos kedua.

Selangor masih menjadi negeri tertinggi memberikan vaksin kepada penduduk iaitu 70,236 dos pertama dan 21,287 dos kedua.

Diikuti Kuala Lumpur yang memberikan 40,624 dos pertama dan 24,235 dos kedua dan Sarawak 17,944 dos pertama dan 34,467 dos kedua.-SM

 

(Visited 29 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button