fbpx
Politik

Zahid seru rakyat kembali kepada kerajaan bertanggungjawab

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan Tahun Baharu 2020 menyeru supaya rakyat kembali kepada kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin dengan nasib mereka.

“Kita menyambut kedatangan Tahun Baharu 2020 dengan perasaan bercampur dan harapan yang makin menipis untuk mengharung masa depan yang lebih terjamin di bawah kerajaan sekarang.

“Pada tahun kegagalan Wawasan 2020 ini, tidak pernah rakyat merasa gusar dengan kos sara hidup yang makin terdesak dan kuasa membeli yang kian mengecil berikutan keadaan tidak menentu di pasaran,” kata beliau.

Tidak pernah, kata Zahid dalam sejarah Malaysia Merdeka rakyatnya diperlakukan sebegini rupa oleh pemerintah berikutan segala penipuan serta janji yang hanya tinggal janji.

“Bagaimanapun, kita perlu terus melangkah demi erti sebuah kehidupan dan survival sebuah perjuangan. Rakyatlah penentu masa depan dan membentuk kerajaan yang diyakini dapat membela serta memahami denyut nadi kehidupan mereka.

“Tidak ada sambutan untuk meraikan tahun baharu ini tetapi rakyat mesti menilai semula pilihan mereka. Baliklah kepada kerajaan bertanggungjawab dan prihatin yang pernah menjulang mereka,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button