fbpx
BeritaPolitik

Skandal RM1.4 bilion yang menggemparkan sedang berlaku dalam kerajaan PH

Video penuh sidang akhbar https://youtu.be/2lpWGT8wpJg

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan skandal RM1.4 bilion yang menggemparkan sedang berlaku dalam kerajaan PH.

“Hari ini saya mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2020 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Saya menggunakan ruang ini untuk mendedahkan skandal yang sedang berlaku dalam kementerian,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Dalam sidang akhbar di lobi Parlimen disiarkan secara langsung melalui media sosial beliau menuduh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah menyalahgunakan kuasa untuk membatalkan satu tender yang diperolehi oleh pihak lain dan dianugerahkan kepada kroninya.

Sehubungan itu Ka Siong mendesak menteri berkenaan menjawabnya di Parlimen dan bukan menyerahkan kepada timbalan menteri atau ketua pengarah, kerana selaku menteri beliau yang berurusan dengan Perdana Menteri.

Beliau yakin Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diberi maklumat yang salah dan sebagai perdana menteri beliau tidak tahu semuanya.

Jika membabitkan kontrak pertahanan, katanya, ia boleh diterima kerana perinciannya tidak boleh didedahkan.

Show More

Related Articles

Back to top button