Belang Bertempat

Zahid pendekkan ‘makan angin’ di Jerman, hidu kekalahan di Melaka

SELEPAS menghidu UMNO akan kalah di pilihan raya negeri Melaka, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan memendekkan lawatan ‘makan angin’ di Jerman.

Zahid dikatakan akan datang ke Melaka selepas menghidu kekalahana semakin menghampiri UMNO dan Barisan Nasional.

Sebelum ini beliau begitu yakin akan menang mudah apabila Barisan Nasional bergerak solo tanpa Perikatan Nasional, tetapi kini bacaan terkini menunjukkan UMNO akan kalah teruk di Melaka.

UMNO dikatakan hanya akan menang sekitar kurang daripada 10 kerusi dewan undangan negeri, berbanding apa yang diramalkan sebelum ini 19 kerusi.

Ini adalah kerana berpunca daripada calon yang diletakkan dengan meminggir agak ramai penyandang dan pada masa yang sama Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional semakin mendapat tempat di hati penduduk Melaka.

Pertelingkahan politik berpanjangan berpunca daripada para pemimpin UMNO menyebabkan para pengundi mulai bosan dengan UMNO walaupun satu ketika dahulu banyak berjasa kepada orang Melayu dan negara keseluruhannya.

Jika keputusan buruk itu dicatatkan ia adalah memalukan kerana ketika pilihan raya umum yang lalu parti itu menang sebanyak 13 kerusi ketika gelombang seluruh negara menolak UMNO.

Ini juga akan menyebabkan satu lagi tamparan kepada Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan selepas keputusan teruk di pilihan raya negeri Sabah tempoh hari.

Kedua-dua pemimpin utama UMNO itu akan didesak meletakkan jawatan kerana gagal menerajui parti berkenaan ke arah haluan yang lebih jelas bagi mencapai kejayaan.

(Visited 1,666 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button