Ekonomi

Yayasan Petronas. NCIA perluas perkongsian untuk lanjutkan program pembangunan komuniti

PIHAK Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mengadakan majlis pertukaran dokumen dengan Yayasan PETRONAS bagi mengiktiraf kerjasama berterusan kedua-dua pihak bagi pembiayaan program empowerNCER-Akademik 2022-2023 di lima daerah baharu di Perak iaitu Kuala Kangsar, Hilir Perak, Manjung, Perak Tengah, and Bagan Datuk; dan dua daerah baharu di negeri Pulau Pinang iaitu Barat Daya dan Seberang Perai Selatan.

Kerjasama berterusan antara Yayasan PETRONAS dan NCIA ini akan memberi manfaat kepada 1,400 pelajar SPM 2022 di Perak dan Pulau Pinang.

“Perkembangan kerjasama Yayasan PETRONAS dalam program empowerNCER-Akademik di lima daerah di Kedah mengukuhkan objektif program untuk menangani gejala miskin masa depan melalui pendidikan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk membasmi miskin tegar menjelang 2025,” kata Encik Mohamad Haris Kader Sultan, Ketua Eksekutif NCIA.

Yayasan PETRONAS telah menaja peserta di bawah program empowerNCER-Akademik, dan empowerNCER-Skills and Entrepreneurship sejak 2019; dan baru-baru ini telah menambah program usahawanNCER-SIRIM di Yan, Sik, Pendang, Baling, Kuala Muda di Kedah, dan daerah Larut, Matang dan Selama; dan Batang Padang di Perak.

“Kami bersyukur kerana Yayasan PETRONAS telah memperluaskan sokongannya terhadap program empowerNCER-Akademik. Ini membukti kualiti dan impak program ini yang dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan yang berpengalaman dan berwibawa,” tambah Haris.


Program Yayasan PETRONAS empowerNCER-Akademik merupakan komponen empowerNCER yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, kemahiran dan pembangunan diri pelajar daripada keluarga B40 dan Orang Asli.

Bagi memastikan program ini mencapai objektifnya, NCIA membangunkan kerjasama strategik dengan universiti utama negara, khususnya Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL). Program ini turut disokong oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

“Yayasan PETRONAS telah bekerjasama secara aktif dengan NCIA dalam program pendidikan dan kesejahteraan masyarakat serta pembangunan sejak 2019.

“Melalui pendedahan yang diperolehi melalui program Yayasan PETRONAS empowerNCER, peserta yang telah tamat pengajian akan memperoleh pengetahuan dan pengalaman praktikal yang diperlukan agar dapat berjaya meningkatkan pendapatan mereka dan mengekalkan kehidupan yang selesa untuk keluarga dan komuniti,” kata Puan Shariah Nelly Francis, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS.

“Peserta telah dilatih dengan strategi Go-to-Market dengan kemudahan latihan, bimbingan dan tunjuk ajar yang disediakan oleh penyedia program serta disediakan kit permulaan perniagaan,” tambah Puan Shariah.

Kerjasama strategik jangka panjang antara Yayasan PETRONAS dan NCIA telah menyokong pembangunan  seramai 4,150 penerima manfaat terdiri daripada 1,750 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2,400 peserta kemahiran dan keusahawanan termasuk 100 peserta di bawah program usahawan-SIRIM Yayasan PETRONAS di Yan, Daerah Sik, Pendang, Baling, Kuala Muda di Kedah dan Larut, Matang dan Selama, dan Batang Padang
di Perak.

Siri program Yayasan PETRONAS empowerNCER adalah sebahagian daripada inisiatif Program Sentuhan Harapan MEKAR (Memampankan Ekonomi Asas Rakyat) di bawah bidang tumpuan pembangunan dan kesejahteraan komunitinya.

Program MEKAR bertujuan untuk meningkatkan tahap pendapatan komuniti terpinggir dan mengurangkan kemiskinan melalui penyediaan keperluan asas, dan bimbingan serta latihan kemahiran untuk meningkatkan taraf hidup dan aliran pendapatan komuniti B40. Setakat ini, Program MEKAR telah membantu 4,418 peserta di seluruh Malaysia.

Program pembangunan modal insan di NCIA seperti empowerNCER, entrepreneurNCER, NCER Talent Enhancement Programs (NTEP) dan Dana Usahawan NCER ([email protected]) telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama dan sokongan daripada pihak Persekutuan, Negeri, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan untuk golongan B40, membantu meningkatkan pendapatan dan meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Majis pertukaran dokumen telah diadakan di ibu pejabat NCIA awal hari ini dan dihadiri oleh wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Yayasan PETRONAS, Penyedia Perkhidmatan bagi program yang terlibat, dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan NCIA.

Selain daripada pertukaran dokumen dengan Yayasan PETRONAS, surat tawaran dan sijil penghargaan telah dianugerahkan kepada peserta yang berjaya dalam semua program akademik, kemahiran dan keusahawanan empowerNCER.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, peserta dari program kemahiran dan keusahawanan membuka gerai jualan pelbagai juadah raya, biskut, kerepek dan pakaian di lobi pejabat NCIA sebagai sebahagian daripada empowerNCER ‘Mini Bazar Ceria Aidilfitri’.

(Visited 21 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button