Ekonomi

Allianz Life menyediakan perlindungan yang lebih baik, lebih bijak dan #TheExtraOK dengan HealthInsured

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) secara rasmi melancarkan pelan perubatan baharu dan dipertingkatkan iaitu HealthInsured pada hari Sabtu yang lalu.

HealthInsured ialah unit boleh diperbaharui terjamin dengan pemotongan Penghospitalan dan Pembedahan yang boleh diperbaharui, dengan had tahunan keseluruhan yang tinggi sehingga RM5 juta untuk perlindungan perubatan komprehensif termasuk kanser, kemalangan kecemasan serta COVID-19.

Polisi ini terdiri daripada empat pelan yang menawarkan jenis manfaat berbeza iaitu Pelan 150, Pelan 200, Pelan 300 dan Pelan 500.

Pelan 200 dan ke atas disertakan dengan perlindungan COVID-19 dengan perlindungan kanser yang meluas termasuk akses kepada ujian genomik dan perlindungan rawatan kanser pesakit luar.

Sementara itu, Pelan 150 direka khas dengan perlindungan penting yang menyediakan perlindungan berpatutan sekiranya dimasukkan ke hospital.


Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Charles Ong berkata syarikat melihat keperluan untuk pelan perubatan yang komprehensif di waktu ketidaktentuan ekonomi akibat wabak itu, serta peningkatan kos perubatan di negara ini.

“Walaupun kini kita berada dalam tempoh peralihan kepada fasa endemik, kebanyakan kita masih mempunyai kebimbangan tentang kemungkinan varian COVID-19 yang baharu dan lebih berbahaya, kestabilan pekerjaan, kemungkinan untuk terjadi lagi kawalan pergerakan yang tidak dijangka, gangguan kepada ekonomi, dan ketidakpastian masa hadapan.

“HealthInsured melindungi seumur hidup anda dengan had tahunan tertinggi dalam pasaran, tidak mempunyai had sepanjang hayat keseluruhan dan memastikan anda sentiasa dilindungi dengan baik – memberikan anda dan orang tersayang kualiti hidup,” katanya di Pelancaran HealthInsured.

Pemilik polisi HealthInsured juga boleh menikmati perkhidmatan nilai tambah termasuk rawatan bantuan perubatan di rumah melalui Allianz [email protected], dan mendapatkan pendapat kedua mengenai keadaan mereka daripada profesional perubatan di seluruh dunia.

Selain itu, pelanggan HealthInsured baharu akan didaftarkan secara automatik ke dalam Allianz We Care Community yang menawarkan pelbagai manfaat penjagaan kesihatan dan gaya hidup seperti akses eksklusif kepada Vivy, aplikasi kesihatan digital.

Dengan Vivy, pelanggan akan digalakkan untuk menjaga kesihatan mereka dengan menambah baik profil kesihatan mereka melalui kandungan yang diperibadikan, mengesan perubatan mereka, mengakses  perkhidmatan telekesihatan, mendapatkan doktor yang terdekat dan banyak lagi!

Sempena pelancaran, Allianz Life menganjurkan peraduan #TheExtraOKDance dari 23 April hingga 22 Mei 2022, dengan peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM5,000 termasuk Penginapan Mewah 3H2M di Hujung Minggu, Truly Wireless Earbuds, dan kamera filem segera, antara lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HealthInsured, lawati https://www.allianz.com.my/personal/life-health-and-savings/medical-and-hospitalisation/healthinsured.html .

(Visited 60 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button