Ekonomi

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

BURSA Malaysia ditutup bercampur-campur pada Isnin dengan indeks barometer ditutup lebih tinggi kerana sokongan belian yang konsisten daripada produk dan perkhidmatan pengguna serta kaunter perladangan menghentikan aliran menurun, kata peniaga.

Pada pukul 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.68 mata kepada 1,535.41 daripada 1,531.73 penutup Jumaat.

Petronas Dagangan Bhd menokok 88 sen kepada RM20.68 manakala Kuala Lumpur Kepong Bhd menokok 38 sen kepada RM21.08, meningkatkan indeks utama dengan gabungan 2.28 mata.

FBM KLCI dibuka 2.48 mata lebih tinggi kepada 1,534.21 dan turun naik antara 1,531.42 dan 1,538.12 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, keseluruhan pasaran adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 571 berbanding 415, manakala 427 kaunter tidak berubah, 876 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 3.1 bilion unit bernilai RM2.13 bilion daripada 3.15 bilion unit Jumaat bernilai RM2.32 bilion.

Pada Isnin bahawa FBM KLCI ditutup lebih tinggi disebabkan aktiviti memburu murah dan pembelian asing.

Indeks penanda aras naik 0.24% atau 3.68 mata untuk berakhir pada 1,535.41, meningkat terutamanya oleh kaunter perjudian, perbankan dan minyak dan gas (O&G). Pasaran serantau utama ditutup bercampur-campur disebabkan sentimen bercampur-campur.

Pelabur terus memantau kesan inflasi terhadap kedua-dua dasar monetari dan kadar pemulihan ekonomi sambil [kekal] berhati-hati menjelang musim pendapatan korporat,” katanya.

Sementara itu aktiviti memburu saham murah dijangka berterusan memandangkan penilaian yang menarik di pasaran tempatan berbanding rakan serantau.

Penganalisis menjangkakan indeks akan bergerak dalam julat 1,535-1,550 untuk minggu ini. Secara teknikal, sokongan serta-merta tidak berubah pada 1,520 manakala rintangan pada 1,565.

Antara saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd masing-masing tidak berubah pada RM8.01 dan RM8.30, IHH Healthcare Bhd susut tujuh sen kepada RM6.51 manakala Public Bank Bhd menambah satu sen kepada RM4.04 dan Tenaga Nasional Bhd meningkat enam sen kepada RM9.67.

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button