Jenayah

Warga Nigeria bunuh ketua jururawat terlepas tali gantung

Masihkah anda ingat tentang kes pembunuhan seorang ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamaruddin dibunuh dengan kejam oleh seorang lelaki wargenegara Nigeria yang dikenali Alowonle Oluwajuwon Gilbert.

Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati kepada hukuman penjara selama 35 tahun ini bermakna Alowonle disahkan terlepas dari tali gantung.

Warga Nigeria terlepas tali gantung, perlu menjalani hukuman penjara 35 tahun dan dikenakan 12 sebatan

Panel hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Satuk S.M Komathy Suppiah turut memerintahkan suspek dikenakan 12 sebatan.

Keputusan itu dibuat susulan pindaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu Pemansuhan hukuman mati mandatori.

Tertuduh berusia 40 tahun itu diperintahkan untuk memulakan hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 16 Mei 2019.

Terdahulu, dalam prosiding yang dilakukan pada Selasa, peguam yang mewakili Alowonle, Afifuddin Ahmad Hafifi memaklumkan bahawa tertuduh dan arwah adalah pasangan kekasih.

Menurut Afifuddin, tiada bukti mengatakan pembunuhan itu telah dirancang terlebih dahulu memandangkan darah Alowonle ditemui pada pakaian mangsa serta di tempat kejadian.

Afifuddin juga tidak menolak kemungkinan bahawa pergaduhan tersebut mungkin berlaku secara tiba-tiba sehingga tercetusnya pergelutan antara anak guamnya dan si mati.

Sekadar info, misteri kehilangan Siti Kharina terjawab apabila mayatnya ditemui di sebuah kondominium sewa yang terletak Cyberjaya pada 15 Mei 2019.

Penemuan mayat Siti Kharina itu mula terbongkar selepas orang awam melihat darah mengalir keluar dari salah satu pintu kediaman terbabit.

Sehinggalah pada 4 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Gilbert bersalah kerana membunuh Siti Kharina dan telah dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Artikle Berkaitan :>

Lelaki Nigeria mengaku tidak bersalah bunuh ketua jururawat

Rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati dengan warga asing

(Visited 401 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button