JenayahRencah Hidup

Kanak-kanak OKU ditidurkan akibat kesan dadah dari bapa saudaranya

Seorang budak lelaki OKU berusia 4 tahun berada dalam keadaan kritikal selepas pihak hospital menemui dadah jenis Methamphetamine di dalam badannya.

Keadaan mangsa sekarang ini tiada tanda positif, oleh itu mangsa terpaksa ditidurkan kerana keadaan mangsa yang lemah akibat dari kesan dadah tersebut.

Difahamkan mangsa juga sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab ll (HRPZ II).

Susulan dari siasatan kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa oleh bapa saudaranya ke suatu tempat.

Namun pihak polis masih menyiasat sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiar terdedah kepada bahan larangan tersebut sebelum dimasukkan ke dalam badan.

Menurut pihak polis, bapa saudara mangsa sudah ditahan untuk soal siasat dan suspek mengaku membawa mangsa ke suatu tempat tetapi menafikan memberi dadah kepada anak saudaranya.

Terdahulu suspek yang bekerja sebagai buruh itu mempunyai tiga rekod lampau bersabit dadah, dan ujian air kencing ke atas suspek selepas ditahan mendapati positif dadah jenis Methamphetamine

(Visited 384 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button