Luar Negara

Wanita habiskan RM262,155 ubahsuai badan jadi ‘syaitan’

SEORANG Wanita di Houston Texas telah membelanjakan lebih £47,500 (RM262, 155) untuk mengubahsuai badannya agar kelihatan seperti ‘syaitan’.

Wanita tersebut juga bercadang untuk menambah lebih banyak tatu termasuk mencatu bola matanya.

Kierstyn Milligan yang juga seorang penari telah mendapat kemewahan di OnlyFans kerana penampilannya mula berminat untuk menukar badanya pada usia 14 tahun.

Kierstyn juga telah membelanjakan £15,800 (RM88,134) untuk implan taring dan payudara, serta tindikan di puting, lidah, kedua-dua lubang hidung dan batang hidungnya.

Melalui TikTok Kierstyn, dia berkata, sejak muda lagi dia telah mempunyai imaginasi untuk kelihatan seperti ‘syaitan’.

“Saya sentiasa mahu kelihatan seperti ini dan mempunyai imaginasi ini dalam kepala saya sejak saya masih muda dan akhirnya telah memenuhinya.

“Sekarang saya rasa lebih gembira dan mempunyai keyakinan diri kerana sebelum ini saya tidak mempunyai ‘self-love’ atau tidak memahami siapa saya,” katanya.

Kierstyn turut berkata, apabila orang melihat matanya, ada merenung dan tidak berkata apa-apa, ada yang memberi pandangan yang jijik dan ada yang terus menghampirinya dan mengatakan mereka membencinya.

“Terdapat juga orang menelefon saya dan berkata saya kelihatan seperti syaitan, kamu lebih cantik sebelum ini atau kamu pasti tidak mempunyai zaman kanak-kanak yang baik.

“Tetapi terdapat juga orang yang memberi pujian, menyukai saya dan mahu bergambar dengan saya,” katanya.

Selain itu, menurut Kierstyn, keluarga dan rakannya tidak terkejut dengan pengubahsuaian yang dilakukan kerana mereka tahu itu adalah keinginannya tetapi mereka terkejut apabila dia melukis bola matanya

Di tubuh wanita itu mempunyai pelbagai lukisan tatu antaranya kala jengking, seorang gadis geisha, rama-rama, bunga ros dan kelawar.

Kierstyn berkata, dia tidak bercadang untuk berhenti dalam masa terdekat dan sedang mencari untuk mendapatkan sisi lain wajahnya.-SM

(Visited 397 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button