Hiburan

Neelofa, PU Riz maafkan wanita fitnah mereka

TIDAK mahu mengeruhkan lagi keadaan, personaliti, Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail memilih untuk memaafkan individu yang memfitnah mereka.

Neelofa berkata, dia memaafkan wanita tersebut seikhlas hati dan turut mendoakan supaya Allah menjaganya.

“Adik, awak masih muda dan baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan.

“Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tetapi ada banyak hikmah yang tersirat,” katanya.

Sementara itu, PU Riz pula menerusi akaun status Instagram miliknya turut berkongsi kata maaf yang dibuat naik Neelofa.

Terdahulu, Syamira Safiya menerusi akaun Twitter miliknya dan menyifatkan apa yang disebarkan pada 26 Disember lalu adalah kenyataan tidak berasas dan tidak benar.

“Kenyataan terebut tidak dibuat denga niat jahat, berbohong atau mencemarkan nama baik mereka.

“Saya mengambil langkah untuk berlajar daripada peristiwa ini dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas apa yang berlaku,” katanya.

Menurut Syamira, permohonan maaf yang dibuatnya juga adalah atas kerelaan hati sendiri untuk memperbetulkan keadaan tanpa tekanan daripada sesiapa. -SM

(Visited 449 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button