Luar Negara

PM tamat lawatan rasmi ke Brunei

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menamatkan lawatan rasmi ke Brunei hari ini.
Muhyiddin dalam hantaran ke media sosial berkata, beliau dan isteri menghadiri majlis menghadap KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.
Ini disusuli dengan pertemuan empat mata hampir sejam antara saya dengan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan yang juga merupakan Rundingan Tahunan Pemimpin Ke-23 antara Malaysia dan Brunei.
Pertemuan berlangsung dalam suasana yang amat baik, malah banyak perkara dibincangkan dan disepakati bersama dengan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan, yang saya sudah kenal lama sejak menjadi Menteri Besar Johor.
Antaranya, usaha pemulihan pasca COVID-19 yang memberi kesan besar kepada kedua-dua negara, kerjasama dalam program vaksinisasi, laluan hijau timbal balik dan persempadanan darat, serta isu pergolakan di Myanmar.
“Saya telah menyampaikan ucapan tahniah kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan selaku Pengerusi ASEAN 2021, dan menyatakan komitmen Malaysia untuk bekerjasama rapat dengan Brunei dalam pelaksanaan usaha pemulihan serantau pasca pandemik.
“Saya dan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan kemudiannya menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berhubung kerjasama pengurusan bencana di antara kedua-dua kerajaan, diikuti pemeteraian perjanjian unitization di antara Petronas dan Brunei’s National Unitisation Secretariat (BNUS),” katanya.
Akhir lawatan, Muhyiddin dan delegasi Malaysia amat berbesar hati apabila diraikan dalam majlis santapan rasmi oleh KDYMM Paduka Seri Baginda berdua, yang turut dihadiri kerabat diraja, anggota Kabinet dan para pembesar Brunei Darussalam.
(Visited 550 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button