Nasional

Wang kertas polimer RM1 dan RM5 ada unsur lemak babi?

KUALA LUMPUR – Majoriti penduduk di negara ini beragama Islam tentunya tidak dapat menerima jika wang kertas polimer RM1 dan RM5 mengandungi unsur lemak haiwan termasuk lemak babi.

Jika itulah yang berlaku, bayangkan bagaimanakah umat Islam di Malaysia mahu menyentuh wang kertas polimer itu kerana merasa was-was apakah kandungannya mengandungi lemak babi.

Selain daripada lemak babi, dakwaan bahawa terdapat lemak haiwan di dalam kandungan wang kertas  polimer berkenaan.

Di sini pastinya mereka yang beragama Hindu amat sensitif dengan kandungan lemak lembu yang mungkin terdapat di dalam wang kertas polimer RM1 dan RM5.

Keadaan ini tidak harus dibiarkan kerana rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama.

Justeru pihak Bank Negara Malaysia (BNM) perlu berhati-hati dan segera mengeluarkan kenyataan sama ada benar atau tidak, wang kertas polimer mengandungi unsur lemak haiwan.

Memetik laporan Astro Awani, BNM telah mendapat laporan terperinci daripada makmal bebas yang mengesahkan, tiada sebarang unsur lemak haiwan termasuk lemak babi dalam wang polimer.

Perkara ini disahkan oleh Timbalam Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berhubung dakwaan wang kertas negara mengandungi unsur lemak babi.

Amiruddin berkata, wang kertas RM1 dan RM5 ini menggunakan polimer sebab ia lebih tahan empat kali ganda berbanding wang kertas biasa.

“Wang kertas tidak mengandungi mana-mana unsur lemak khinzir seperti yang didakwa,” ujarnya ketika menjawab Senator Sabani Mat pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Mata Wang 2019 di Dewan Negara semalam.

Amiruddin berkata, perkara tersebut juga telah dirujuk kepada Majlis Penasihat Syariah BNM yang bersetuju dengan penilaian bahawa wang polimer bebas daripada unsur lemak haiwan dan boleh digunakan tanpa was-was. – SM

(Visited 390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button