Nasional

Agong solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, hari ini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada 1.18 tengah hari disambut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Mohd Ajib Ismail.

Seri Paduka berkenan bersalaman dengan jemaah sebelum mendengar khutbah Jumaat.

Al-Sultan Abdullah kemudiannya menyertai jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah’, yang disampaikan Ketua Imam masjid berkenaan Muhammad Hatta Abdul Rahman.

Muhammad Hatta dalam khutbahnya menyebut, ibadah wakaf sangat dituntut dalam Islam yang menyumbang kepada kemantapan pembangunan sosial sesebuah masyarakat.

Menurut beliau, pembinaan masjid, surau, madrasah dan tanah perkuburan Islam adalah antara bentuk sumbangan yang terhasil melalui ibadah wakaf.- BERNAMA

(Visited 629 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button