Nasional

BN Peroleh Majoriti Mudah, Bentuk Kerajaan Negeri

Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 29 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Semasa mengumumkan keputusan itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata BN memperoleh lebih 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan setakat 11.05 malam ini.

“Hari ini, proses pengundian bagi PRN Johor ke-15 telah berjalan dengan baik dan lancar,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, malam ini. – BERNAMA

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button