NegeriRencah Hidup

Viral cromboloni sampai ke Perlis

MENGAMUK sakan “cromboloni” sejak minggu lepas. Bermula dari media sosial, nama cromboloni terus “viral”.

Apakah itu crombolini, ia sebenarnya adalah sejenis pasteri iaitu gandingan antara “crossant” dan “bomboloni”.

Antara cromboloni oleh Lotti Bakery

Cromboloni ini berintikan pelbagai perisa antara yang popular seperti coklat, teh hijau, pistachio dan strawberry.

Viralnya cromboloni telah membuatkan mana-mana kedai kek dan pastri kini menjadi tumpuan.

Mana tidaknya setiap pencinta makanan viral kini “berlumba-lumba” mencari di mana ada jualan cromboloni.

Tinjauan Suara Merdeka juga mendapati permintaan untuk cromboloni di Perlis juga tidak kurang hebatnya sejak Khamis lepas.

Antaranya Lotti Cafe yang terletak Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kangar menjadi peminat cromboloni.

Kata pemilik Lotti Bakery, Noor Fadzlina Zakeri, 41 akui kali ini akur terhadap kuasa “viral” bagi menghasilkan cromboloni.

Beliau akui cromboloni laris tetapi dia cuma mampu mengeluarkan 70 biji dalam sehari.

“Hari ini kita tambah satu lagi perisa terbaharu iaitu strawberry di samping coklat, pistachio dan teh hijau,” katanya.

Beliau berkata, harga cuma RM12 setiap satu, cuma pistachio RM15.

Noor Fadzlina berkata, biasanya pukul 12.30 tengah hari baharu cromboloni siap dan dihantar ke Lotti Cafe dari kilangnya di Persiaran Makanan Bintong, Kangar.

Bagaimanapun katanya peminat cromboloni masih boleh mendapatkannya di kiosk Lotti di Loiter Food Court, Jalan Santan yang dibuka sehingga malam.

Semasa Suara Merdeka berada di Lotti Cafe, beberapa kali pelanggan buka pintu hanya untuk bertanyakan cromboloni kepada jurujual yang dikenali sebagai Nursyaza.

Cromboloni jadi buruan peminat makanan viral

Nursyaza berkata, dia ada menerima tempahan memandangkan faktor pelanggan yang datang dari jauh dan ada juga ibu mengandung yang teringin menikmati cromboloni.

Ada pelanggan setia menunggu kerana tidak mahu terlepas dari menikmati makanan viral ini. – SM

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button