NasionalNegeri

Hormat menghormati hasil kerja baik – Raja Muda Perlis

SIKAP saling menghormati antara satu sama lain di tempat kerja adalah kunci kepada hasil kerja yang baik.

Apabila idea dan pandangan warga kerja setempat didengari dan diambil kira, suasana yang harmoni akan terhasil.

Pada masa yang sama berilah penghargaan yang sewajarnya kepada rakan-rakan sekerja yang bertungkus-lumus membantu dalam menyelesaikan apa juga pekerjaan.

Ketidakpuasan hati warga kerja akan sekaligus mengurangkan kesetiaan pekerja terhadap organisasi yang bakal memberi kesan terhadap kesatuan tempat kerja.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyantuni dan memyerahkan agihan zakat MAIPs kepada
Bunga Hamid, 71, yang tinggal di Jalan Padang Melangit bersama keluarga seramai empat orang baru-baru ini.

Beliau merupakan salah seorang penerima Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs dan juga Bantuan Baik Pulih Rumah MAIPs.

Raja Muda menyarankan supaya melibatkan rakan-rakan sekerja dalam proses perancangan organisasi di setiap peringkat, kerana ia akan memberikan satu perasaan mengenai peri pentingnya kewujudan mereka dalam organisasi.

Di samping itu, Tuanku Syed Faizuddin dalam titah mengingatkan supaya sentiasa mengamalkan hak sama rata antara kakitangan.

Jangan sesekali membezakan antara mereka. Ketidak adilan yang melampau akan memberikan kesan langsung kepada produktiviti pekerja sekaligus boleh mewujudkan kebencian dan juga perpecahan dalam kalangan warga organisasi. – SM

(Visited 371 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button