NasionalNegeri

[VIDEO] “Habis Satu Badan Kena Samak”, Air Kotoran Khinzir Terpercik Di Jambatan P. Pinang

Seorang pengguna jalan raya bengang akibat tindakan seorang pemandu lori yang membawa muatan namun tidak menutupnya dengan kanvas secara kemas.

Akibat tindakan itu, air kotoran daripada haiwan berkenaan terpercik sepanjang jalan dan terkena pada penunggang motorsikal khususnya.

Pengadu, Ahmad Fauzan Muhamad, antara mangsa yang terkena percikan air tersebut terpaksa melakukan samak ke atas keseluruhan tubuh badannya.

“Kejadian berlaku pada 8 Januari 2021 sekitar pukul 8.40 pagi di Jambatan Pulau Pinang Pertama menghala ke pulau.

“Selain saya, penunggang motorsikal lain turut terkena percikan air kotoran tersebut yang mengalir keluar dari paip limpah lori berkenaan,” katanya kepada Suara Merdeka.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat akibat rasa tidak puas hati dan Fauzan sempat merakam lori berkenaan sebagai bukti kejadian.

Selain laporan polis, Fauzan juga turut membuat laporan yang sama kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tindakan selanjutnya.

“Tujuan saya mendedahkan perkara ini adalah untuk memastikan pengguna jalan raya menghormati antara satu sama lain.

“Kenyataan ini juga dibuat atas dasar melihat trend bahawa sesuatu perkara itu mestilah tular terlebih dahulu sebelum kerjasama agensi tertentu dengan kadar segera,” katanya.

Ayuh Sertai : Suara Merdeka Eksklusif Video

(Visited 748 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button