Bola SepakSukan

Vidakovic akui tugas berat kendali Melaka United

MELAKA 7 Feb. – Jurulatih baharu skuad bola sepak Melaka United (MU), Risto Vidakovic mengakui cabaran getir buatnya tidak sampai sebulan perlu membuat persiapan rapi mengharungi saingan Liga Super, bermula Mac ini.

Buat jurulatih kelahiran Yugoslavia (kini Bosnia Herzegovina) itu tiada istilah sukar dalam dirinya sejak menjadi jurulatih dengan beberapa kelab Eropah dan Asia sebelum ini.

Menurutnya, peluang yang ditawarkan oleh Melaka United tidak akan disia-siakan malah dia sanggup berdepan dengan kekangan masa yang singkat ketika baru hendak mengenali pemain tempatan dan import membarisi skuad tersebut.

“Saya akan mencuba yang terbaik dalam diri saya sebagai jurulatih tiada istilah susah atau sukar. Saya akan harunginya dalam tempoh tidak sampai sebulan mempersiapkan pasukan untuk saingan Liga Super Mac ini.

“Saya akan mula mengenali pemain, kelebihan masing-masing dan diposisi mana paling sesuai dengan corak permainan yang akan saya gunakan mengikut kesesuaian bola sepak di Malaysia khususnya Melaka United.

“Biarpun tidak banyak saya tahu tentang Melaka atau bola sepak Malaysia namun saya ada lihat melalui akhbar dan portal sedikit sebanyak saya tahu mengenai mutu bola sepak Melaka,” ujarnya ketika ditemui sewaktu mengendalikan sesi latihan pertama di Stadium Hang Tuah, semalam.

Vidakovic, 53, baru selesai menjalani kuarantin Jumaat lalu dan turun mengendalikan sesi latihan walaupun
tanpa kelibat empat pemain import iaitu Ifedayo Olusegun, Sony Norde, Emmanuel Oti dan Justin Baas yang ketika ini masih belum tiba menyertai pasukan itu melainkan Adriano Narcizo.

Kata jurulatih itu, beliau sudah lama bercita-cita ingin menyertai kancah bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) namun tidak pernah mendapat peluang atau tawaran daripada mana-mana pasukan.

Kata bekas pemain kebangsaan Yugoslavia itu beliau tidak menyangka menerima tawaran daripada Melaka United dan impiannya ingin berada di Malaysia menjadi kenyataan.

“Saya ucap terima kasih kepada pihak pengurusan Melaka United yang sudi menawarkan tempat kepada saya kerana ini yang saya nanti-nantikan,” kata jurulatih itu lagi.

Jelasnya, beliau menerima tawaran itu kerana tidak lagi selesa untuk terus mengendali kelab Borneo FC dalam Liga BRI1 sejak menjadi jurulatih pada Oktober tahun lalu.

“Ada berlaku pergeseran antara saya dengan pihak pengurusan kelab dari Indonesia menyebabkan saya menamatkan kontrak lebih awal dan ambil keputusan menerima tawaran Melaka,” ujarnya.

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button