Politik

Masa depan UMNO Sabah, masih ada harapankah?

Bung Moktar nampak tegas, dalam hati ada taman

PENULIS, Pemerhati Tegar menelusuri kronologi politik selepas kejatuhan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018. Tulisan ini merupakan suatu analisis bersandarkan maklumat dalaman.

Dalam pemerhatian penulis, Presiden UMNO terlalu meraikan perbezaan pendapat di kalangan anggota pimpinan dari peringkat atasan hingga ke akar umbi.

Rupa-rupanya, ‘ada pepat di luar, rencung di dalam’. Sikap ‘enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing’ terus berlaku di peringkat kedua pimpinan.

Keputusan-keputusan pimpinan UMNO semuanya dibuat secara berjemaah (collective decision). Ia datang dari lima pendapat kepimpinan utama, jawatankuasa pengurusan, biro politik, mahupun (Majlis Kerja Tertinggi) MKT.

Presiden parti amat berlapang dada, mengambil keputusan besar parti setelah proses membuat keputusan, mengambil-kira pandangan pimpinan di semua peringkat.

Bendera UMNO dikibarkan

Sifat berjiwa besar yang terdapat dalam diri Presiden UMNO ini merupakan suatu kelebihan yang tertanam dalam dirinya sejak dari zaman pemudanya.

Sikap demokratiknya tidak difahami oleh semua ahli pasukannya kerana terdapat ‘sikap ketam dalam bakul dengan memijak yang lain untuk keluar dari bakul bagi menyelamatkan diri sendiri.’

Cuba kita lihat situasi politik di Sabah. Ia harus dijadikan pengajaran yang cukup mahal harganya. Jadikan ia contoh.

Parti serpihan UMNO yang mengetuai perikatan beberapa buah parti di Sabah turut bersekongkol dengan parti-parti tempatan bagi menyingkirkan UMNO di Sabah.

Calon-calon UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) turut disaingi oleh calon-calon bebas tajaan perikatan itu.

Atas slogan calon bebas yang mesra perikatan itu telah menang tiga kerusi. Pengkhianatan berlaku juga apabila calon-calon dalam parti gabungan diletakkan untuk bertanding di kerusi-kerusi BN yang diwakili rakan-rakan dalam komponen BN.

Pengkhianatan berterus-terusan dilakukan. Apabila BN hanya peroleh 14 kerusi, tokoh pengkhianat di Putrajaya mengatur langkah dengan menolak Bung Mokhtar sebagai calon Ketua Menteri.

Mereka konon telah mempunyai 24 kerusi atas nama gabungan parti yang lebih besar. Menjadikan jumlah besar 38 kerusi dalam gabungan.

Ketua parti serpihan UMNO itu telah membuat keputusan untuk UMNO menjadi Ketua Menteri Sabah dalam mesyuarat tertutup di bangunan Parlimen sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berlangsung.

Pada hari penamaan calon, tokoh itu berada di Tuaran, dalam ucapannya telah mengumumkan kononnya, ‘hanya membayangkan’, Hajiji bakal Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Bayangan pengkhianatan terhadap keputusannya sendiri dilakukan secara ‘sudah terang lagi bersuluh’.

Apabila perjanjian bertulis dibuat oleh mereka dan dipersetujui bersama, tidak langsung dipatuhi setelah Hajiji mengangkat sumpah.

Bung Moktar dan empat orang menteri dari BN yang termeterai dalam perjanjian bertulis mahu disingkirkan dari menyertai Kabinet.

Sebaliknya Bung Moktar hanya diberi jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri yang memegang potfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan walaupun persetujuan awal, Bung Moktar menjadi Menteri Kerjaya Raya di samping menjadi Timbalan Ketua Menteri.

Manakala persetujuan empat orang Menteri dari BN, hanya diberi, tiga Menteri sahaja. Wakil parti serpihan UMNO diberi jawatan Menteri Kanan yang memegang potfolio Menteri Kanan Kerja Raya. Sedangkan sudah sedia ada tiga orang Timbalan Ketua Menteri.

Apabila pengkhianatan demi pengkhianatan terus berlaku, Bung Moktar terpaksa memberi kata dua.

Semua 14 ADUN BN akan menarik diri dari gabungan. Ini juga melibatkan lima orang Ahli-ahli Parlimen yang terlibat dalam rundingan turut berada di Kota Kinabalu.

Presiden UMNO telah diberitahu dalam setiap langkah perundingan. Malah Presiden sendiri memandu agar Bung Moktar tidak berganjak dari perjanjian awal.

Biarpun Bung Moktar telah memulakan tugas rasminya, ini tidak bererti UMNO Sabah telah berjaya sepenuhnya.

Pelantikan Menteri, pembantu-pembantu Menteri serta GLC dan agensi negeri belum dilaksanakan. Sudah pasti perancang di Putrajaya sedang merangka pengkhianatan baharu dalam pelantikan-pelantikan itu.

Bung Moktar harus bertegas. Jangan sekali lagi Presiden parti dipersalahkan oleh pimpinan dan ahli-ahli di bawah. Bola di kaki Bung Moktar sepenuhnya. Kuasa autonomi telah diberikan sepenuhnya.

Bung Moktar seorang yang nampak tegas dan keras namun dalam hatinya, ada taman. – SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button