Sukan

Wushu sumbang emas pertama Malaysia

ATLET wushu negara, Loh Choon How melakar sejarah tersendiri selepas menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA ke-30.

Choon How menyumbang pingat emas itu dalam acara taijiquan lelaki dalam aksi yang berlangsung di World Trade Center di sini sebentar tadi.

Atlet berusia 26 tahun itu mengutip mata keseluruhan 9.68 untuk mengesah pingat itu.

Pingat perak dimenangi atlet Brunei Heng Yu Hosea Wong yang mengumpul 9.59 mata.

Manakala gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Parantac Daniel yang mengutip 9.56 mata. – BERNAM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button