fbpx
Nasional

Trak tentera ini diserang komunis, 9 anggota terkorban

KEJADIAN berlaku di Ulu Legong pada tahun 1982 apabila trak yang dinaiki anggota tentera di tembak pengganas komunis.

Kejadian itu menyebabkan sembilan anggota tentera terbunuh dengan perut mereka ditores dan isi perut sengaja diburaikan.

Kemaluan anggota tentera terbabit dipotong, mata dicungkil, kepala hancur dek peluru yang bersarang, jenazah dilentangkan di atas jalan, diikat pada wiper kereta dan lain-lain.

Kisah ini  diceritakan dalam buku Serang Hendap Ulu Legong oleh Lt. Kol Mohd Radzi Abd Hamid;

Dalam buku itu penulis menceritakan anggota pertama iaitu Prebet Md Merdeka [pemandu trak] Volvo Mortar 2 tan, mayatnya telah dibogelkan dan diikat pada pengelap cermin trak.

Telinganya pula dipotong dan dijadikan kalung rantai dengan menggunakan tali akar pohon letup-letup.

Manakala kemaluannya dipotong dan dimasukkan ke dalam mulut seperti orang sedang menghisap cerut. Kejam!

Mayat kedua, Lans Kopral Hashim (ketua kumpulan), badannya bersarang dengan hampir 25 butir peluru.

Ketika diangkat, badannya boleh dilipat dua seakan-akan tidak ada pinggang.

Kepalanya hancur di sebelah kiri akibat tembakan yang bertubi-tubi. Otaknya berterabur di atas jalan.

Kedua-dua matanya dicungkil dan dibuang hilang entah ke mana. Mayatnya juga dibogelkan lalu diletakkan terlentang di atas jalan.

Kemaluannya juga dikerat dan dua telur kemaluan diletakkan di atas mata kiri dan kanannya. Zalim!

Mayat ketiga iaitu Prebet Jamil TK terperosok di dalam parit yang penuh dengan semak pokok senduduk; terlungkup dan seluarnya dilondehkan.

Mayatnya disula dengan ranting-ranting pohon senduduk. Kedua-dua belah daging punggungnya hancur dek tembakan bertubi-tubi.

Darah masih menitis perlahan-lahan ke tanah ketika jenazahnya diturunkan.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button