Ekonomi

VFive Group santuni aspek keberkatan, konsisten tingkatkan sumbangan CSR bagi tahun 2024

SYARIKAT milikan penuh Bumiputera, VFive Group menutup tirai kalendar 2023 dengan melancarkan 10 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi tahun hadapan termasuk meningkatkan peruntukan CSR sebanyak RM30 juta bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik di seluruh negara.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas VFive Group, Datuk Haji Mohd Syafiq bin Haji Abdullah pada Majlis Apresiasi Mahabbah Insani VFive Group bertempat di The Everly Putrajaya.

Menurutnya, meskipun syarikat tersebut sebagai entiti perniagaan dengan objektif keuntungan, namun mereka sentiasa meletakkan konsep keberkatan dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan dermawan sebagai nilai teras dalam setiap urusniaga yang dijalankan.

“Kita meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa sesungguhnya janji Allah itu pasti, sekiranya lebih banyak kita memberi, maka lebih banyak rezeki yang akan dikurniakan oleh-Nya. Sebab itu lah kita letakkan fokus sumbangan ini sebagai salah satu daripada 10 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang kita ingin capai pada tahun 2024”, katanya.

“Melalui saluran kebajikan yang kita telah tubuhkan iaitu Yayasan VFive, kita telah berjaya menyalurkan sumbangan sebanyak RM25 juta pada tahun 2023. Pada tahun hadapan, kita sasarkan untuk tingkatkan lagi sumbangan kita kepada RM30 juta’, ujarnya lagi.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas VFive Group, Datuk Haji Mohd Syafiq bin Haji Abdullah

Inisiatif-inisiatif yang akan diperluaskan lagi menerusi Yayasan VFive termasuklah Program Kembara Beras Amal, Berkat Jumaat, Gerobok Rezeki, Sumbangan Bakul Makanan dan pelbagai lagi program pembangunan modal insan komuniti untuk mereka yang kurang berkemampuan.

Majlis yang dianjurkan tersebut secara asasnya bertujuan memberi penghargaan kepada semua pihak terutamanya pemegang taruh yang telah bertungkus lumus memastikan segala sasaran yang ditetapkan pada tahun 2023 dapat dicapai.

“Kita berterima kasih dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah mencurahkan jasa, baik secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang 11 tahun perjalanan kami di dalam industri”, ulas beliau.

“Diharapkan agar semua pihak dapat terus mendoakan kejayaan kami agar lebih banyak lagi manfaat dapat kami kongsikan bersama-sama kepada masyarakat”, tambahnya.

Majlis itu yang mengangkat tema ‘Raudah’ turut diserikan dengan persembahan qasidah daripada kumpulan Tarannum Voice dan lagu-lagu berunsur ketuhanan oleh artis jemputan iaitu Lah Ahmad, selain dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan kepada para pemenang. – SM

Artikel berkaitan > MoU antara UPSI – Vfive Group beri manfaat pelajar jalani latihan industri

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button