Ekonomi

Grocer Mat lubuk beli barang harga murah

DALAM Islam, 9 per 10 rezeki itu datang dari perniagaan dan hari ini adalah hari yang cukup bersejarah bagi keluarga Pengasas Grocer Mat, Datuk Fathiri Fadzlah dengan pembukaan outletnya di Prima Sri Gombak, Selangor.

Patuh syariah, selesa dan murah. Itulah tiga elemen penting mengapa orang ramai perlu beralih tumpuan dan sekaligus memilih Grocer Mat, Prima Sri Gombak sebagai lubuk membeli barangan basah!

Datuk Fathiri Fadzlah dan isteri, Datin Freida Jihan Abdul Kadir serta anak mereka, Amalina Azalea Farahannah.

Dimiliki sepenuhnya oleh Fathiri Fadzlah Holdings Sdn Bhd, dalam keadaan negara memulakan semula ekonomi atau restart economy, langkah Fathiri untuk membuka Grocer Mat adalah satu langkah yang amat berani.

Namun tiada yang mustahil jika Fathiri berpegang kepada rezeki datangnya dari Allah, selebihnya atas daya usaha sendiri.

“Grocer Mat ialah sebuah pasaraya 100 peratus milik bumiputera dan harga barangan di premis  ini bukan sahaja murah tetapi bolehlah dikatakan setanding dengan harga barang-barang jika dibeli di  pasar borong,” katanya.

Berusia 43 tahun, Fathiri Fadzlah berkata, langkah berani yang diambilnya ini bukanlah secara semberono tetapi berdasarkan ilmu, kecekalan serta pengalaman yang sudah terlebih dahulu ditempuh ketika beliau mempelopori pelbagai cabang perniagaan termasuklah pendidikan, pelancongan, logistik, perlombongan dan produk.

Sedikit latar belakang Fathiri Fadzlah , beliau berasal dari keluarga pendidik tetapi mengorak langkah sebagai seorang usahawan bumiputera.

Fathiri Fadzlah yang merupakan lulusan dari salah sebuah institusi pendidikan perguruan berkata, “setiap kejayaan yang pernah ditempa adalah hasil dorongan kedua orang tua saya.

“Ibu bapa saya bukan hanya mementingkan soal keuntungan semata-mata dalam berniaga tetapi turut menekankan kepada kebajikan yang memberi manfaat kepada agama dan anak bangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Grocer Mat yang memulakan operasinya hari ini, menyediakan lebih 80 jenis sayur-sayuran segar dan 40 jenis barangan basah lain seperti ikan dan makanan laut basah lain.

Menjawab soalan mengapa tawaran harga di Grocer Mat murah, Fathiri Fadzlah menjelaskan, Grocer Mat membuat pembelian secara pukal dari pembekal.

“Perlu ada kepercayaan dan persefahaman yang jelas dengan pembekal, yakni mereka perlu tahu akan matlamat dan pelan jangka panjang sesebuah pasaraya.

“Maka itulah, mereka memberikan harga lebih rendah bagi pasaraya yang membeli dengan kuantiti besar dan secara berterusan,” katanya.

Sasaran jangka panjang Fathiri Fadzlah dalam bidang perniagaan pasaraya ialah untuk membuka cawangan pasaraya Grocer Mat hingga ke 2000 cawangan menjelang 2025.

Katanya, selepas pembukaan Grocer Mat di Sri Gombak, cawangan seterusnya ialah pada Disember tahun ini di Bandar Seri Putra.

“Apabila sudah berada di tahap itu, Grocer Mat secara tidak langsung dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Dan yang lebih utama dapat membantu menjana ekonomi anak bangsa. Seiring berjalannya waktu, antara impian lain saya untuk Grocer Mat ialah agar ia dapat berkembang pesat hingga mampu menyediakan peluang pelesenan bagi mereka yang berminat membuka rangkaian Grocer Mat dengan modal yang berpatutan,” jelas beliau.

Kepada usahawan yang ingin menceburi perniagaan bersama Grocer Mat, kata Fathiri Fadzlah, mereka hanya perlu mengeluarkan kos untuk menyediakan premis manakala pihak Grocer Mat akan menyediakan barangan jualan secara pinjaman.

Jika tidak, pengusaha bukan saja menanggung kos sewa dan pengubahsuaian kedai, malahan mereka terpaksa membayar secara tunai barang jualan yang tinggi kepada pembekal, katanya.

Tambah Fathiri Fadzlah , Grocer Mat menyasarkan dua golongan pembeli iaitu yang membeli untuk keperluan rumah, restoran, peniaga kecil-kecilan dan pelanggan yang datang dengan niat untuk berniaga.

“Golongan ke dua ini boleh menjalankan perniagaan dengan margin atau batas keuntungan yang tinggi, barangan segar dan halal,” katanya.

Sambil menyelam sambil minum air. Fathiri Fadzlah  secara terus terang mengakui, beliau berhasrat untuk membantu pengusaha bumiputra makanan sejuk beku dengan cara menyediakan tempat penyimpanan di tingkat 3 premis Grocer Mat sebagai tanda sokongan kepada pengusaha kecil-kecilan di Malaysia.

“Grocer Mat akan terus memainkan peranannya dalam membantu usahawan bumiputera d imana tidak hanya bertumpu kepada usaha menyediakan peluang perniagaan bahkan memberi fokus kepada pembangunan usahawan,” ujar beliau.

Stok di Grocer Mat terdiri daripada bekalan baharu dan dijangkakan sampai setiap  hari, kata Fathiri Fadzlah.

Selain itu, katanya, dalam masa yang sama, Grocer Mat bercadang untuk mengadakan jualan lelong seperti ‘Infaq Jumaat  atau Crazy Sunday’ untuk memberi peluang kepada orang ramai membeli barangan basah laut dengan harga yang murah kerana kita tahu makanan laut ini harganya bukan murah.

“Ini juga cara kita untuk menambah bekalan baharu setiap sehari atau dua hari sekali memandangkan kesegaran barangan basah hanya mampu bertahan antara tiga ke empat hari sahaja.

“Barangan basah dan segar seperti sayur-sayuran juga boleh disedekahkan pada rumah golongan asnaf dan warga emas yang memerlukan,” katanya.

Bagi anda yang ingin mendapatkan pelbagai barangan segar, bolehlah mengunjungi Grocer Mat di alamat 57, Lorong Perusahaan Ringan Prima Sri Gombak, 68100 Selangor. – SM

 

 

(Visited 1,420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button