EkonomiNegeri

Usahawan outlet PUMP catat jualan RM35 juta tempoh dua tahun

USAHAWAN outlet Program Pembangunan Usahawan Automotif Majlis Amanah Rakyat (MARA) – PETRONAS (PUMP) telah berjaya mencapai jualan melebihi RM35 juta dalam tempoh dua tahun ini.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki berkata, sekaligus ia juga telah membuka peluang lebih 200 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Asyraf Wajdi melakukan upacara simbolik menuang minyak pelincir kereta semasa merasmikan outlet PUMP Nasr Utara Automotif Sdn Bhd di Titi Chai, Utan Aji, dekat Kangar.

“Untuk tujuan penggembangan rangkaian pusat servis PUMP ini juga, MARA memperuntukkan dana pembiayaan berjumlah RM12.65 juta bagi membiayai 21 usahawan yang membuka 29 outlet jenama ini,” katanya ketika berucap merasmikan outlet PUMP Nasr Utara Automotif Sdn Bhd di Titi Chai, Utan Aji, dekat Kangar.

PUMP adalah program kolaborasi antara MARA dan PLMM bagi membangunkan komuniti usahawan automotif yang dinamik dan kompeten melalui peningkatan imej dan susun atur bengkel yang menepati piawaian industri.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Libricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., Mohd Zameer Zahur Hussain, Pengarah MARA Perlis, Mohd Azam Jamaluddin dan Pangarah Urusan Nasr Utara Automotif Sdn Bhd, Muhammad Nasrul Yazi.

Asyraf Wajdi berkata, MARA juga menyasarkan pembukaan outlet PUMP di semua negeri dan menjelang hujung tahun ini tiga lagi outlet di negeri Pantai Timur akan dibuka.

Beliau berkata, MARA juga telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM427 juta kepada lebih 4,600 usahawan melalui kemudahan pembiayaan perniagaan sehingga Oktober lalu.

Katanya, sebanyak RM18 juta daripada jumlah itu bagi melaksanakan Program Keusahawan.

“Ia termasuk memberikan latihan yang telah memberi manfaat kepada 9,400 usahawan, manakala 92 peratus daripada 7, 273 ruang niaga disewakan,” katanya. – SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button