fbpx
Ekonomi

Untung bersih Comfort Gloves melonjak RM16.34 juta suku pertama

KEUNTUNGAN bersih Comfort Gloves Bhd., hampir dua kali ganda kepada RM16.34 juta pada suku pertama berakhir 30 April, 2020 daripada RM8.41 juta pada suku tahun sama tahun lepas.

Pengeluar sarung tangan asli dan pemeriksaan sintetik tersebut memaklumkan, prestasi lebih baik itu berikutan pendapatan lebih tinggi dan kos pengeluaran yang lebih rendah disebabkan produktiviti yang meningkat.

Jumlah jualan yang lebih tinggi meningkatkan pendapatan sebanyak 27.5 peratus tahun ke tahun kepada RM152.91 juta, menurut syarikat yang berpangkalan di Perak kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Syarikat itu yang memperoleh 87 peratus pendapatannya daripada sarung tangan sintetik pada tahun kewangan lepas berkata, prospek sektor pembuatan sarung tangan getah pada tahun ini kekal kukuh dengan permintaan meningkat daripada trend beralih kepada sarung tangan nitril.
Natural Rubber Latex Powder Free Long Cuff 6.0 Mil“Dengan pandemik COVID-19, kami menjangka penggunaan sarung tangan akan meningkat dalam jangka masa panjang berikutan peningkatan kesedaran kesihatan global,” menurut Comfort Gloves.

Syarikat itu juga berkata, pasukan pemasarannya memanfaatkan kekurangan sarung tangan di peringkat global untuk memperluaskan asas pelanggannya secara agresif untuk pengembangan pasaran yang berterusan dan pertumbuhan masa depan.


Berdasarkan laporan tahunan 2020, pasaran terbesarnya ialah Malaysia dan negara-negara Asia yang lain. – BERNAMA

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button