Uncategorized

Untung PLS Plantations lonjak 411.5% kepada RM13.3 juta

PLS PLANTATIONS BERHAD (PLS Plantations) mengumumkan lonjakan 411.5% dalam untung  bersih bagi suku ketiga tempoh berakhir 31 Mac 2022 (“S3TK2022”).

Syarikat mencatatkan untung bersih sebelum cukai (“PBT”) berjumlah RM16.1 juta, iaitu 455.1% lebih tinggi berbanding RM2.9 juta yang diperolehi pada suku tahun yang sama untuk tempoh berakhir 31 Mac 2021 (“S4TK2021”).

Untung bersih selepas cukai dan kepentingan minoriti (“PATMI”) PLS Plantations pada S3TK2022 berjumlah RM12.4 juta, iaitu 416.7% lebih tinggi daripada RM2.4 juta pada S4TK2021.

Jumlah hasil meningkat kepada RM32.1 juta, dengan peningkatan sebanyak 169.8% berbanding RM 18.9 juta pada S4TK2021.

Hasil dan PBT yang lebih tinggi dicapai terutamanya kerana sumbangan lebih tinggi daripada jualan tandan buah segar (“FFB”) dan produk durian beku dari pasaran antarabangsa, khususnya China, dan juga kutipan bayaran peringkat penyiapan yang diperolehi daripada cabang pembinaan.

PATMI PLS Plantations bagi suku tahun yang dilaporkan berjumlah RM12.4 juta, iaitu 67.6% lebih tinggi daripada RM7.4 juta yang dicatatkan pada suku tahun berakhir 31 Disember 2021 (“S2TJ2022”).

Bagaimanapun, jumlah hasil yang dijana pada S3TK2022 menyusut 44% kepada RM32.1 juta, berbanding RM57.3 juta pada S2TK2022.

Hasil lebih rendah bagi tempoh tersebut disebabkan oleh kitaran durian luar musim yang menjejaskan hasil kutipan.

Pendapatan sesaham (“EPS”) bagi suku tahun tersebut bernilai 2.88 sen (dicairkan sepenuhnya) berbanding 0.58 sen pada S4TK2021.

Naib Pengerusi Eksekutif PLS Plantations, Tan Sri Dato’ Lim Kang Hoo menekankan, “PLS berusaha gigih untuk terus melaksanakan rancangan pemulihan untuk memenuhi sasaran dan aspirasinya.

“Selain daripada mempelbagaikan aliran hasil dan menambah baik mekanisme operasi, kami telah membina kekuatan barisan pelapis organisasi dengan melantik bakat berpengalaman daripada industri dan juga menaikkan pangkat kakitangan yang berwibawa di dalam Syarikat untuk menganggotai barisan pengurusan kanan. Membina pasukan kakitangan yang kukuh adalah amat penting, dan merupakan sesuatu yang amat diutamakan oleh PLS dengan mengambil kakitangan tempatan yang bijak sambil Syarikat menceburi segmen pertanian dan tanaman kontan lain.” –SM

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button