Uncategorized

Kecoh, Kononnya Anak Pitam Akibat Vaksin Rupa-Rupanya Kerana Tidak Bersarapan!

Misteri seorang remaja lelaki pitam di Melaka yang videonya tular di media sosial selepas mengambil vaksin terjawab.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, remaja itu bukan pitam disebabkan vaksin tetapi kerana tidak bersarapan.

Beliau yang memberitahu Berita Harian berkata, kejadian itu berlaku di Pusat Pemberian Vaksin PPV (PPV) Encore, Klebang hari ini.

Menurutnya, pelajar tersebut mengalami pening kerana tidak bersarapan sebelum mengambil suntikan vaksin.

Pelajar itu bagaimanapun sehat sahaja selepas diberikan makanan.

“Memang ada kes pelajar ini pening, difahamkan kerana tidak bersarapan kerana takut. Namun selepas diberikan makan, dia berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi.

Video pendek berdurasi 36 saat tular di media sosial memaparkan remaja berkenaan dipapah seorang lelaki dalam keadaan lemah dan hampir pengsan selepas menerima suntikan vaksin.

Dia kemudian dibawa oleh anggota Rela bertugas masuk ke dalam PPV untuk menerima rawatan.

Video itu dikongsi di media sosial terutama oleh golongan anti-vaksin yang meminta masyarakat berhati-hati membenarkan anak mereka divaksin.-SM

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button